Umar Abdul Aziz dan Kepimpinan Transformasional

Kepimpinan transformasional membicarakan tentang perwatakkan seorang pemimpin yang bukan hanya sekadar memimpin tapi ianya juga mampu membawa perubahan yang nyata hasil dari kepimpinannya. Setelah dikaji tentang perwatakkan yang dimiliki oleh Umar Abdul Aziz ternyata Beliau dapat memenuhi ciri-ciri dan watak kepimpinan tranformasional. Umar Abdul Aziz sememangnya memiliki sifat karismatik. Pendedahan berkaitan dalam hal ehwal negara melalui ayahanda serta bapa saudaranya menjadikan beliau khalifah yang memiliki pengalaman dalam pentadbiran negara. Pengalaman yang dimiliki beliau digabungkan dengan sifat unggul peribadinya sehingga beliau menjadi khalifah berkarismatik yang bukan sahaja dihormati, tetapi ditaati dan dikasihi. Apatah lagi Umar al-Khattab dijadikkan sebagai suri teladan yang menjadi panduan dan ikutan.

Pemimpin yang berkarismatik ini mempunyai peribadi yang mampu mempengaruhi pengikut yang ramai. Di samping itu, Umar Abdul Aziz juga mempunyai wawasan yang berbeza daripada pemimpin lain, serta berhasrat membawa perubahan yang menyeluruh kepada rakyat.

Sifat dan kepekaan yang tinggi terhadap kemampuan kelompok pimpinannya perlu ada dalam karakter pemimpin transformasional dan sifat ini dimiliki oleh Umar Abdul Aziz. Beliau amat teliti dalam memilih sahabat dan pembantu setianya. Dengan cara ini, beliau dapat memanfaatkan seseorang itu secara tepat berdasarkan bakat, kemampuan serta potensinya. Kesan dari ini, beliau berjaya membina dan mendidik pengikutnya melalui pendekatan yang wajar dan kejayaan ini membolehkan beliau memenuhi apa yang diharapkan dengan sebaik mungkin.

Selain itu, beliau menguatkan lagi pengaruhnya melalui jalinan hubungan yang ikhlas dan rapat, memberi nasihat serta penjelasan, ikhlas dan tepat kepada pengikutnya. Ini dapat dilihat melalui surat yang dihantar kepada pegawai dibawah kekuasaannya dan melalui khutbahnya. Pesanan yang dihantarnya sangatlah jelas, iaitu agar berbuat sesuatu dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, serta sesuai daripada apa yang digariskan oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Umar Abdul Aziz juga telah melakukan stimulasi intelektual dalam membina dan membentuk pengikut yang berkualiti. Ianya selari dengan sifat beliau yang amat mencintai ilmu dan sentiasa menekankan tentang kepentingannya dalam pembangunan diri, masyarakat serta negara. Beliau bukan sahaja mencintai ilmu bahkan beliau juga turut menghayati budaya ilmu. Stimulasi intelektual dilakukan dengan mengadakan majlis ilmu di kalangan pengikutnya. Beliau sentiasa didampingi dan mendatangi golongan ilmuwan serta mengambil pandangan mereka terhadap sesuatu ketika membuat keputusan. Hasil kelakuan beliau, peningkatan ilmu terus berlaku yang bukan hanya melibatkan diri beliau, tetapi juga pengikutnya. Melalui ilmu, perubahan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Pemimpin transformasional mampu melakukan motivasi berinspirasi. Bererti pemimpin tersebut dapat memberi dorongan untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Umar Abdul Aziz membuat motivasi melalui teladan dan sifat terpuji yang ada pada dirinya. Motivasi tersebut berkait dengan misi unggul yang digagasnya iaitu bagi mendaulatkan hukum dan nilai Islam. Para pegawai dan pengikutnya sering diberi semangat untuk membentuk kekuatan spiritual yang diyakini lebih berkesan berbanding semangat luaran yang bersifat material. Disamping itu, beliau menjadi contoh pemimpin yang terbaik dan mendorong penyuburan sifat yang mulia seperti rela berkorban, mempunyai tekad dan keazaman untuk menegakkan keadilan, serta melakukan segala kebaikan dengan ikhlas demi kepentingan Islam dan ummah secara menyeluruh. Dengan memulakan perubahan dalaman seperti melalui cara berfikir dan bertindak, ianya lebih memudahkan lagi perubahan yang ingin dilakukan di peringkat negara dan ummah.

Melalui kajian yang diteliti terhadap sifat asas kepimpinan transformasional iaitu berkarismatik, melakukan pertimbangan individual, membuat stimulasi intelektual dan mempunyai sifat yang boleh memberi semangat berinspirasi, dapatlah dirumuskan bahawa sifat-sifat tersebut ada pada diri Umar Abdul Aziz.

Umar Abdul Aziz merupakan tokoh yang memiliki ciri-ciri pemimpin transformasional walaupun ianya belum wujud lagi di zaman beliau, namun sifat itu ada pada diri beliau. Beliau melakukan perubahan yang agak besar yang melibatkan diri, keluarga, organisasi serta negara. Perubahan yang dilakukan Umar Abdul Aziz jarang dilakukan oleh pemimpin lain dan hanya pemimpin yang berjiwa dan berbakat besar sahaja mampu melakukannya.

6 thoughts on “Umar Abdul Aziz dan Kepimpinan Transformasional

  1. Awesome blog! Do you have any recommendations for aspiring writers? I’m planning to start my own site soon but I’m a little lost on everything. Would you recommend starting with a free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many choices out there that I’m totally overwhelmed .. Any suggestions? Cheers!

  2. Thank you for another magnificent article. Where else may anybody get that type of info in such an ideal means of writing? I have a presentation next week, and I’m on the look for such information.

  3. Hi, Neat post. There is an issue with your website in internet explorer, could check thisK IE nonetheless is the market leader and a large component to other folks will leave out your excellent writing due to this problem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *