Kesan Teknologi terhadap Budaya di Nusantara

Budaya ialah cara hidup sesuatu masyarakat yang ada dari zaman dahulu lagi dan mencerminkan keperibadian bangsa mahupun negara. Kebanyakan budaya-budaya juga bercampur dengan agama. Ianya adalah sesuatu hal yang wajar kerana agama juga sangat berguna untuk setiap individu agar ianya dapat membimbing kita mengatur lalu lintas dalam kehidupan. Namun apakah budaya-budaya yang ada sejak dari dahulu lagi tetap digunakan ataupun adakah ianya sudah mulai pupus sedikit demi sedikit sehinggahkan masyarakat generasi baru tidak mengenali dan tidak diguna pakai lagi di zaman modern ini terutama masyarakat di nusantara?

 Hari demi hari perubahan zaman mula berkembang dan bertambah maju. Ianya sungguh memberi impak yang cukup besar kepada sesuatu bangsa dan negara. Dan pastinya ianya juga memberi kesan kepada budaya sesuatu bangsa mahupun ianya kesan negatif atau positif. Perubahan global ini sangat memberikan kesan yang besar dari segi macam-macam hal terutamanya pakaian, sosial dan lain-lain lagi. Namun tidak juga dapat dinafikan bahawa perubahan budaya mengikut zaman dapat dipengaruhi melalui teknologi yang canggih di masa ini. Walaupun ada beberapa perubahan-perubahan yang di buat sekarang juga dapat memberikan kesenangan dan kebaikan tetapi ianya juga ada memberi kesan yang sangat membimbangkan kepada masyarakat sekarang. Ianya sesuatu hal yang perlu kita pertimbangkan

 Jika kita lihat perubahan budaya yang ada di zaman sekarang terlalu memberi impak kepada masyarakat terutamanya pada golongan pemuda. Kebanyakan mereka sekarang terlalu terpengaruh mahu pun berpengaruh dari budaya-budaya asing dari segi percakapan, perbuatan, berpakaian dan lain-lain lagi. Apa yang lebih membimbangkan, kebanyakan mereka juga ada yang mengatakan budaya lama yang dicampurkan dengan budaya islam tidak lagi relevan untuk digunakan di zaman sekarang. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh ini adalah disebabkan tarikan melalui teknologi-teknologi canggih di zaman sekarang. Mengapa pengaruh kuat ini terjadi melalui teknologi? Ianya kerana masyarakat sekarang kebanyakan terlalu kuat mengunakan teknologi seperti telefon bimbit, televisyen, dan lain-lain lagi.

Ada beberapa kesan sampingan teknologi cangih yang tidak elok untuk masyarakat kita sekarang terutama golongan pemuda. Kebanyakan mereka mengikuti budaya-budaya luar seperti cara pemakaian mereka. Jika dilihat balik, bukankah kita di ajar untuk berpakaian dengan elok dan sesuai mengikut ajaran agama Islam? Kita juga di ajar untuk mengunakan pakaian dengan elok dan kemas sejak kecil lagi. Namun, perkembangan zaman berubah dengan kemajuan-kemajuan teknologi sekarang sehigga banyak golongan pemuda mengunakan pakaian cara orang-orang barat.

Mungkin banyak yang mengatakan bahawa ‘fashion’ barat lebih selesa. Namun apakah ianya mengikut suruhan agama ataupun tidak? Apa yang boleh dilihat, kebanyakan gaya-gaya mereka yang diikuti oleh masyarakat sekarang kebanyakan sangat menyimpang dari perkara yang sebenar. Ada di antara mereka memakai pakaian yang sangat kurang sopan dn tidak menutup bagi lelaki dan perempuan (pakaian seksi). Ada beberapa juga yang memakai mengikut gaya mereka yang menutupi seluruh tubuh badan tetapi apa yang dibuat itu juga tidak betul-betul cukup (bentuk tubuh badan masih kelihatan). Dan ada yang memakai baju yang bercorak kata-kata kotor yang begitu tidak sopan. Jangkitan ini bukan sahaja memberi impak pada cara pemakaian. Tetapi ianya juga memberi impak dengan sikap yang tidak senonoh. Banyak generasi muda juga mudah terikut-ikut dengan lifestyle budaya luar seperti minum minuman yang memabukkan, mengambil dadah, berbahasa kotor dan sebagainya. Kejadian ini sangat membimbangkan. Terutama di aplikasi media sosial, kita sendiri boleh lihat sikap-sikap pemuda zaman sekarang melalui media sosial dimana kebanyakkan mereka menunjukan sikap yang tidak elok dengan tarian-tarian yang berunsur lucah, menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia dan bermacam-macam lagi. Bahkan mereka juga menunjukan sikap minat mereka dengan tarian luar dan sentiasa megikutinya dengan alasan trend dan tarian tradisi juga hampir pupus dan hanya orang yang mempelajarinya sahaja yang tahu.

Banyak lagi kesan-kesan teknologi kini yang boleh mecemarkan terhadap budaya yang ada lagi bagus di nusantara ini tetapi yang menyedihkan mereka menganggap budaya yang lama tidak perlu lagi dipakai kerana mereka terlalu mengikuti trend dunia luar. Generasi kini hendaklah juga berhati-hati dalam membuat sesuatu dan banyakkanlah membuat sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri, bangsa dan negara untuk memperthankan budaya yang baik dan sopan yang telah ada lamanya dari zaman dahulu lagi.

References

  • Sahih Vol l, Nomor l, january-juni 2016. Islam Nusantara: Relasi Islam dn Budaya Lokal
  • Fikri, Vol 1, No 2, desember 2016. Agama dan Tantngan Budaya Modern Prespektif Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *